Kerjaya antarabangsa Jakub_Błaszczykowski

Błaszczykowski bermain untuk Poland ketika menentang Hungary pada 2011

Błaszczykowski membuat debut untuk pasukan kebangsaan Poland pada 28 Mac 2006 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi. Walau bagaimanapun, Błaszczykowski tidak menerima panggilan untuk menyertai Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman disebabkan kecederaan.[17]

Błaszczykowski menjaringkan gol pertamanya untuk Poland pada 22 Ogos 2007 dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia.[18] Beliau merupakan pemain penting Poland dalam kempen kelayakan UEFA Euro 2008.[19] Beliau telah tersenarai dalam skuad Poland untuk UEFA Euro 2008 tetapi alami kecederaan.[20]

Błaszczykowski menjadi kapten pasukan Poland pada 2013

Pada 17 November 2010, dalam perlawanan persahabatan menentang Côte d'Ivoire, Błaszczykowski membuat debut sebagai kapten pasukan kebangsaan Poland.

Euro 2012

Pada 8 Jun 2012, dalam perlawanan pembukaan UEFA Euro 2012 menentang Greece, beliau membuat hantaran kepada Robert Lewandowski, Poland seri 1-1. Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Rusia, beliau menjaringkan gol dari jarak jauh, seri 1-1. Beliau menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.[21]

Kelayakan Piala Dunia 2014

Błaszczykowski menjadi penjaring terbanyak Poland dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dengan empat gol. Jaringan pertamanya ketika menentang Montenegro dengan keputusan 2-2. Gol keduanya hadir empat hari kemudian apabila Poland menumpaskan Moldova, 2-0. Beliau tidak memasuki perlawanan seri 1-1 menentang England akibat kecederaan. Beliau membuat hantaran kepada Piszczek ketika menewaskan Ukraine, 3-1. Beliau juga tidak memasuki perlawanan menentang San Marino akibat dibelenggu kecederaan ketika memanaskan badan sebelum perlawanan bermula. Pada 7 Jun 2013, beliau menjaringkan gol ketiganya ketika kempen kelayakan ketika menentang Moldova, Poland seri 1-1.

Gol antarabangsa

Błaszczykowski (kanan) bersama Wojciech Szczęsny sebelum perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland.
#TarikhArenaPihak lawanSkorKeputusanKejohanan
1.22 Ogos 2007Stadium Lokomotiv, Moscow, Rusia Rusia2–22–2Persahabatan
2.11 Oktober 2008Stadium Silesian, Chorzów, Poland Republik Czech2–02–1Kelayakan Piala Dunia 2010
3.3 Mac 2010Stadion Polonii Warszawa, Warsaw, Poland Bulgaria1–02–0Persahabatan
4.9 Oktober 2010Toyota Park, Chicago, Amerika Syarikat Amerika Syarikat2–22–2Persahabatan
5.10 Ogos 2011Stadion Zagłębia Lubin, Lubin, Poland Georgia1–01–0Persahabatan
6.6 September 2011PGE Arena Gdańsk, Gdańsk, Poland Jerman2–12–2Persahabatan
7.7 Oktober 2011Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul, South Korea Korea Selatan2–22–2Persahabatan
8.11 Oktober 2011BRITA-Arena, Wiesbaden, Jerman Belarus1–02–0Persahabatan
9.2 June 2012Polish Army Stadium, Warsaw, Poland Andorra3–04–0Persahabatan
10.12 Jun 2012Stadium Nasional, Warsaw, Poland Rusia1–11–1UEFA Euro 2012
11.7 September 2012Stadium Podgorica City, Podgorica, Montenegro Montenegro1–02–2Kelayakan Piala Dunia 2014
12.11 September 2012Stadion Miejski, Wrocław, Poland Moldova1–02–0Kelayakan Piala Dunia 2014
13.7 Jun 2013Stadium Zimbru, Chișinău, Moldova Moldova1–01–1Kelayakan Piala Dunia 2014
14.10 September 2013Stadio Olimpico, Serravalle San Marino2–15–1Kelayakan Piala Dunia 2014

Rujukan

WikiPedia: Jakub_Błaszczykowski http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2013/000027... http://www.bundesliga.com/en/tournaments/news/2012... http://www.bundesliga.com/en/tournaments/news/2013... http://espnfc.com/en/report/346237/report.html?soc... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/11267... http://www.goal.com/en-ie/news/3924/germany/2012/0... http://www.iht.com/articles/ap/2007/08/22/sports/E... http://www.iht.com/articles/ap/2009/03/13/sports/S... http://uk.reuters.com/article/worldFootballNews/id... http://www1.skysports.com/football/news/11899/8755...